Monday, June 7, 2010

Keistimewaan Wanita


Salam...Aku harap KOwng Bce ngan Teliti,dan Renung2Kan la..
1)Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki.Ketika Ditanya Rasululah S.A.W akan Hal tersebut,jawab Bagin"Ibu lebih Penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2)Wanita yang solehah(baik)itu lebih baik daripada,1000 orang lelaki yang soleh.
3)barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjat seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut Allah S.W.T dan orang yang takutkan allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4)Barang siapa yg membawa hadiah(barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya,maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5)Wanita yg tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah S.A.W)di dalam surga
6)barang sipa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,lalu dia bersikap ihsan dalam peergaulan dengan meraka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab,maka baginya adala SYURGA.
7)Daripada Aisyah r.a'barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8)Syurga itu dibawah tapak kaku IBU(syg la ibu kowng ea)
9)Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10)Wanita yang taat berkhidmat kepada suamuya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11)Wanita yang taat akan suaminya,semua ikan-ikan di laut,burung di udara,malaikat di langit,matahari dan bulan,semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya(serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12)Aisyah r.a berkata"aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?jawab baginda...."suaminya.""siapa pula berhak terhadap lelaki?"jawab Rasulullah S.A.W..."ibunya."
13)Perempuan apabila sembahyang lima waktu,puasa sebulan Ramadan,memelihara kehormatanya seta taat akan suaminya,masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendakinya.
14)Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suamnya(10,000 tahun).
15)Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para melaikat untuknya.Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16)Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
17)Apabila seorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.
18)Apabila telah lahir(anak) lalu disusui,maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19)Apabila semalaman (ibu) tidak tidur,dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 org hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T..